Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Timbalan Menteri Luar Rusia berkata bahawa kumpulan pengganas yang ditaja oleh kuasa asing di Syria telah menghalang akses para pemeriksa daripada Organisasi Larangan Penggunaan Senjata Kimia (OPCW) kepada bandar Douma yang terletak di wilayah Damsyik.
Mikhail Bogdanov pada hari Khamis memberi amaran bahawa militan Douma masih menimbulkan ancaman kepada warga awam dan pakar OPCW.
"Perkembangan terkini menunjukkan bahawa, [ancaman] masih wujud ... Terdapat anggota kumpulan militan yang cuba menakutkan warga awam dan secara khususnya mengganggu tugas wakil masyarakat antarabangsa - daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan OPCW. Wujud pihak yang tidak mahu siasatan profesional serta adil dilaksanakan, "katanya.
Para pemeriksa OPCW baru-baru ini telah diutus ke Syria untuk memeriksa tapak serangan senjata kimia yang didakwa berlaku di Douma pada 7 April lalu.
Insiden yang masih dalam siasatan itu telah digunakan sebagai alasan oleh A.S, Britain dan Perancis untuk melancarkan serangan peluru berpandu yang diselaraskan secara bersama ke atas fasiliti penyelidikan yang terletak berhampiran dengan Damsyik dan Homs dengan matlamat yang didakwa mereka untuk melumpuhkan keupayaan kerajaan Syria dalm menghasilkan bahan kimia.
21 April 2018 - 17:17
News ID: 890315
Timbalan Menteri Luar Rusia berkata bahawa kumpulan pengganas yang ditaja oleh kuasa asing di Syria telah menghalang akses para pemeriksa daripada Organisasi Larangan Penggunaan Senjata Kimia (OPCW) kepada bandar Douma yang terletak di wilayah Damsyik.